.:Hafiz-FC:.

Selamat Datang ke Information site of HafizFC

Join the forum, it's quick and easy

.:Hafiz-FC:.

Selamat Datang ke Information site of HafizFC

.:Hafiz-FC:.

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Information Site of HafizFC

Salam.. hye guysz... Don't forget to give all your support to Hafiz.. request 'Masih Jelas' and vote that song to be Top3 in all charts.. Very Happy

5 posters

    HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR!

    angahoni
    angahoni
    moderator
    moderator


    Posts : 111
    Join date : 18/05/2009
    Age : 57
    Location : Selangor & Perak

    HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR! Empty HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR!

    Post by angahoni Wed 20 May 2009, 8:49 pm

    credit to: Razif Rosdi (murai.com)
    foto: Baung, Farid Nuzli & Ijan

    HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR! 51920010

    KUALA LUMPUR, 20 MEI 2009: Gelaran juara sudah pun berada dalam rangkulannya. Dia sememangnya hebat, berbakat dan mempesonakan. Dalam usia yang masih muda, Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, diyakini mampu mencipta nama yang lebih gah dan menjadi artis Malaysia yang terbaik.

    Tahniah daripada warga murai.com.my atas kejayaannya dan berusaha menempuh cabaran di dalam AF7.

    Dalam pertemuan khas dengan Hafiz di pejabat murai.com.my kelmarin, anak muda berjiwa besar itu berkongsi pelbagai cerita menarik tentang dirinya.

    "Hafiz sangat bersyukur dengan kejayaan ini dan sekali lagi Hafiz nak ucapkan terima kasih kepada semua orang yang sentiasa menyokong Hafiz selama ini termasuk di murai.com.my. Budi dan jasa semua penyokong Hafiz memang tidak terbalas.

    "Terus terang, Hafiz masih rasa macam bermimpi kerana sejak dulu lagi Hafiz minat dengan AF. Pengalaman menyertai AF sangat bermakna dan Hafiz tak akan lupa sampai bila-bila. Walaupun Hafiz sangat gembira dan teruja pada masa yang sama Hafiz juga gementar untuk berdepan dengan dunia hiburan yang sebenar.

    "Jadi Hafiz amat mengharapkan sokongan pihak Astro, media dan orang-orang di dalam industri ini untuk menyusun langkah. Hafiz masih muda dan apa yang ada dalam fikiran Hafiz adalah untuk terus belajar dan memberikan yang terbaik sepanjang masa," katanya bersungguh-sungguh.

    Makin comel dan ranggi, Hafiz berkata banyak perkara yang dipelajari selama 3 bulan berada dalam akademi. Apa yang paling utama adalah dia semakin yakin berdikari.

    "Ketika dalam AF7, Hafiz paling rapat dengan Cikgu Fatimah sebab dia ibarat ibu Hafiz dalam akademi. Hafiz sebenarnya rasa tidak selesa kerana sering diperhatikan menerusi kamera dan paling tertekan, mikrofon kami tidak boleh dimatikan walaupun sedang berada di tandas," katanya.

    Bercakap mengenai imejnya, Hafiz berkata dia sukakan gaya rambut semi-afronya ketika ini.

    "Rasanya biarlah Hafiz kekal dengan rambut sebegini sebab muka Hafiz bulat dan pipi Hafizi tembam. Lagipun ini rambut cari makan.. hehehehe...." katanya yang pandai berjenaka.

    Sementara itu menafikan yang tujuan utama dia masuk ke AF adalah untuk mengejar glamour.

    "Tujuan asal Hafiz masuk AF adalah untuk mencuba bakat seni yang ada pada Hafiz. Selepas berjaya diterima dalam uji bakat, Hafiz nak rasa pula bagaimana cabaran hidup dalam akademi. Sekarang selepas Hafiz berjaya, banyak lagi proses lain yang perlu Hafiz tempuhi sampaikan Hafiz tidak pernah terfikir tentang apa itu glamour pun.

    "Hafiz tak pernah nak kejar glamour malah Hafiz risau kalau-kalau glamour itu boleh membuatkan seseorang artis lupa diri. Harap-harap semua itu tidak terjadi pada Hafiz dan rakan-rakan AF7 semua," ujarnya

    Apa komen terhadap pelajar-pelajar dalam akademi?

    "Semua Hafiz rapat, sebagai contoh, Sidi macam abang sulung kami. Aishah macam adik Hafiz kerana perangainya sama macam adik Hafiz sendiri. Qhaud pula abang yang paling alim dan Isma macam kakak sulung yang banyak membantu Hafiz," katanya.

    Menjawab pula soalan nakal yang ditanya oleh ramai GengMurai iaitu apakah dia pernah bercinta dan sudah berpunya, Hafiz berkata:

    "Girlfriend? Oooo.. dulu adalah cinta monyet masa Hafiz bersekolah. Sekarang Hafiz single ye," katanya yang suka melihat gadis yang periang dan manja.


    HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR! 51820010
    HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR! 51820011
    baby syirah
    baby syirah
    Senior Member
    Senior Member


    Posts : 85
    Join date : 19/05/2009
    Age : 33
    Location : klang

    HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR! Empty tq angah

    Post by baby syirah Wed 20 May 2009, 9:37 pm

    xsempt nk buka murai..
    apa2 pun tq la..
    comel toll..
    suke gulz yg manja n periang??
    ada ciri2 nie..
    haahha..jgn mara ye baby gurau jer..
    mara bf i t..haha..
    madie15
    madie15
    Senior Member
    Senior Member


    Posts : 111
    Join date : 19/05/2009
    Age : 33
    Location : selatan semenanjung malaysia

    HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR! Empty Re: HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR!

    Post by madie15 Thu 21 May 2009, 9:50 am

    luv hafiz forever.... I love you
    madie15
    madie15
    Senior Member
    Senior Member


    Posts : 111
    Join date : 19/05/2009
    Age : 33
    Location : selatan semenanjung malaysia

    HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR! Empty Re: HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR!

    Post by madie15 Thu 21 May 2009, 5:34 pm

    rase korang dah tahu kowt pasal ape aku nak bagitahu jap lagi.korang bace sendiri larh...

    Membership for Hafiz AF7 Official Fan Club
    Dear Fans and Friends of Hafiz
    Membership for the Hafiz AF7 Official Fan Club is now open and its FREE!
    Please send your name, address, sex, date of birth, IC No, EMAIL ADDRESS and telephone contacts to hafizfc@ymail.com. Any updates will be notified by email.



    credit to: hafizfc.blogspot.com
    nrlafiah
    nrlafiah
    newbies
    newbies


    Posts : 10
    Join date : 20/05/2009
    Age : 36
    Location : Lot 631, Lrg Piala 3, Taman Sukma, Kuching, Sarawak

    HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR! Empty DARIPADA KITA ASYIK BERANGAN AND CAKAP BENDA SIA2 WHY NOT KITA BAGI KOMEN MEMBINA FOR HAFIZ!! SMOGA MAJU JAYA!!

    Post by nrlafiah Thu 21 May 2009, 8:55 pm

    HAFIZ..MESTI BACA TOK K..MEK SAYANG KITAK!!

    First of all,congratz hafizzz
    Mek ada beberapa nasihat 4 ktk:
    1. Walaupun ktk dah jadi juara, bkuan bermakna ktk dah cukup hebat. Tapi ya bermakna ktk mesti kerja lebih keras n lebih h/working gik dr others. Bukan senang mok mentenkan populariti and demand orang terhadap kita k!
    2. Belajar n asah gik stage presence. In term of vocal hafiz dah ada good basic, tapi in term of menari n dekati peminat, hafiz perlu asah gik. Maklumlah,sekarang ya yang orang mok kan.
    3. Hafiz sik boleh goyang kaki and malas2 gik. Kat luar tok lebih susah dari dalam AF. Bila2 masa kita boleh tenggelam. Hafiz mesti guna 24 hours pake mantapkan gik bakat hafiz. Belaja menari, belaja psikologi so, hafiz dapat baca reaksi orang.
    4. Hafiz kenak banyak spend time depan cermin. cakap sorang2. Ya pake asah cara communication hafiz ngan wartawan. Klaka jak depan cermin sorang2. Sekpa, mun tang rasa kacak. Cuz hafiz nang kacak pun. Benda tok penting.
    5. Before hafiz wat decision in anything, hafiz mesti refer ngan parents, family, n orang2 professional. Bcuz, in this industry, any wrong decision, boleh makan diri sendiri.
    6. Now, bukan masa main2 lagi. Hafiz mesti cari komposer yang berkualiti seperti aidit alfian, m nasir, aubrey sowito and so many more. Pergi ke ramli ms. Jangan tunggu offer dari sidak. Tunjukkan kesungguhan dan keseriusan hafiz dalam kerjaya hafiz. InsyaAllah banyak orang akan bantu.
    7. Hafiz mesti grooming diri hafiz. Berpakaian style2.. Sentiasa kemas and bersih. Sentiasa make sure dirik ya wangi and memikat hati! Always smile.
    8. Hafiz mesti banyakkan references. Asah kreativiti hafiz. Banyakkan tonton video artis2 luar negara yang hebat. Tonton konsert sidaknya and jadikan panduan. Tapi jangan jadi copycat pulak!
    9. Banyakkan membaca. Baca buku2 ilmiah , newspaper. Ilmu penting walaupun dah bergelar artis!!
    10. Hafiz jangan hanyut dalam budaya negatif dunia hiburan. Drugs, alcohol, clubbing. Jangan involve dalam semua ya. Makan diri sendiri. Make sure family always awasi hafiz dan doakan hafiz.
    11. Jauhi orang yang ambil kesempatan. Dalam dunia seni tok banyak org pedengki, dan busuk hati. So, beware! Jangan termakan hasutan dan tersalah masuk jerat orang. Jangan mudah percayakan orang!!
    12. Banyakan solat dan berdoa. Amalkan 3 Qul. Mintak dijauhi dari unsur2 jahat, orang yang jahat, semua yang jahat. Dan semoga hidup hafiz dirahmati dan diberkati tuhan. Datz why, dont ever lupak ngan ALLAH SWT. REZEKI YA DARI NYA
    13. Ignore ngan kata2 kutukan ya. K. Makin dilayan makin sakit hati. If hafiz terkesan ngan kata2 anti HAFIZ ya, kuakan asa sakit hati ya ngan perform bagus2. Biar terdiam sidaknya!!
    14. All de best hafiz. Sine2 hafiz pegi, tuntutlah ilmu dari setiap orang yang hafiz jumpa!!! dan simpan semua ya!! Mun temu peminat and selebrities and wartawan, tanyak sidak apa gik yang perlu hafiz perbaiki !!! Tapis jwak pa sidak padah. Z semua betul.
    15. Jangan sombong, kekwat, kerek, demand, n so on!!! XDA GUNA SEMUA PERANGEY KEDAK YA

    Banyak gik yang hafiz perlu tauk. Dekati diva siti nurhaliza sebagai contoh. Nya dah lamak bertapak lam industri!! Ramli MS juak. He likes You!!

    Mok orang terus minat hafiz, hafiz mesti beribu kali ganda lebih kerja keras dan perbaiki dirik!!

    INGAT KAMEK K!! AFIAH SAYANG HAFIZ!






    Kmk mok hafiz success... owez bersinar dalam industri tok. Hafiz x boleh bergantung jak ngan orang lain.Hafiz mesti belajar independent. Hafiz mesti banyak membaca. Becuz, ya asah IQ kita. K!! WORK HARDER!! JANGAN LUPAK TUHAN K!!

    AFIAH OWEZ SUPPORT HAFIZ...

    MAYBE MUN HAFIZ SUDI, PEGILAH UITM SHAH ALAM. POLAH SHOW. MEK SAMBUNG DEGREE SINUN LAK.

    ANYWAY MEK ORANG TAMAN SUKMA. LORONG PIALA 3. DATANGLAH RUMAH MEK. WAH, DALAM ANGAN2 MEK JAK!! HUHUHU

    POLAH SHOW KAT SUKMA K!!!

    AFIAH SAYANG HAFIZ !!
    madie15
    madie15
    Senior Member
    Senior Member


    Posts : 111
    Join date : 19/05/2009
    Age : 33
    Location : selatan semenanjung malaysia

    HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR! Empty Re: HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR!

    Post by madie15 Thu 21 May 2009, 9:27 pm

    nrlafiah..wahh..panjang sungguh nsht anda.terharu.

    dnaz
    dnaz
    newbies
    newbies


    Posts : 4
    Join date : 21/05/2009

    HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR! Empty Re: HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR!

    Post by dnaz Thu 21 May 2009, 11:25 pm

    Message to madie15:
    Dnaz dah antar kat
    [url=mailto://haficfc@ymail.com untuk]haficfc@ymail.com untuk[/url] daftar membership hafiz fanclub tapi takde sapa2 reply pun..
    Apa2 pun...my support all the way for Hafiz..."I Believe I Can Fly"
    madie15
    madie15
    Senior Member
    Senior Member


    Posts : 111
    Join date : 19/05/2009
    Age : 33
    Location : selatan semenanjung malaysia

    HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR! Empty Re: HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR!

    Post by madie15 Fri 22 May 2009, 10:44 am

    dnaz wrote:Message to madie15:
    Dnaz dah antar kat
    [url=mailto://haficfc@ymail.com untuk]haficfc@ymail.com untuk[/url] daftar membership hafiz fanclub tapi takde sapa2 reply pun..
    Apa2 pun...my support all the way for Hafiz..."I Believe I Can Fly"


    tak tahu la..madie pown bru antar.maybe diorg tak buka emel lagi kowt.bile dnaz antar??
    dnaz
    dnaz
    newbies
    newbies


    Posts : 4
    Join date : 21/05/2009

    HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR! Empty Re: HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR!

    Post by dnaz Fri 22 May 2009, 12:31 pm

    tak tahu la..madie pown bru antar.maybe diorg tak buka emel lagi kowt.bile dnaz antar??

    dnaz antar 20 Mei ...xpelah it's okay...dnaz tunggu jer
    angahoni
    angahoni
    moderator
    moderator


    Posts : 111
    Join date : 18/05/2009
    Age : 57
    Location : Selangor & Perak

    HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR! Empty Re: HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR!

    Post by angahoni Sat 23 May 2009, 8:28 am

    SALAM...

    HAFIZFC... DAFTAR DULU...
    MUNGKIN BANYAK SANGAT KOT....
    SABAR DNAZ....INSYA'ALLAH....

    JOM BERAMAI2 DAFTAR HAFIZFC & MERIAHKAN LAGI SUASANA

    WALLAWEY...

    Sponsored content


    HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR! Empty Re: HAFIZ BUKAN KEJAR GLAMOUR!

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri 29 Mar 2024, 2:57 am