.:Hafiz-FC:.

Selamat Datang ke Information site of HafizFC

Information Site of HafizFC

Salam.. hye guysz... Don't forget to give all your support to Hafiz.. request 'Masih Jelas' and vote that song to be Top3 in all charts.. Very Happy

    HAFIZ JUARA AF7

    Share
    avatar
    angahoni
    moderator
    moderator

    Posts : 111
    Join date : 18/05/2009
    Age : 52
    Location : Selangor & Perak

    HAFIZ JUARA AF7

    Post by angahoni on Sat 23 May 2009, 8:55 am

    credit to:Lee Ee Kee
    (gua.com.my)



    Buat peminat yang telah AFundi anak kelahiran Sarawak ini, tak sia-sia usaha anda semua. Sokongan anda membolehkan penyanyi muda berbakat ini menjulung trofi Akademi Fantasia musim ke-7 dengan selesa sekali. Dan sememangnya, bagi mereka yang telah mengikuti perjalanan AF7 selama 10 minggu ini, Hafiz dengan konsisten-nya telah membuktikan yang dia menepati ciri-ciri yang diperlukan untuk bergelar juara.

    Walaupun pada awal konsert didedahkan yang pelajar berusia 19 tahun ini berada di kedudukan pertama dengan 44 peratusan undian, namun ada ketika semasa konsert tiga jam itu dia mendapat saingan hebat dari Aril yang telah memberikan satu persembahan yang mantap dengan dendangan "Kasih Tak Sampai", lagu hit Padi, yang penuh emosi, dan Akim dengan versi "Bencinta"-nya, single terbaru Faizal Tahir.

    Hafiz atau nama penuhnya Mohd Hafiz Moh Suip membawa pulang, antaranya, sebuah kereta Honda Accord 2.0, wang tunai RM20,000 sumbangan Astro, diaktifkan oleh Hotlink selama setahun, percutian ke New York bernilai RM10,000 sumbangan Maybelline, jam tangan Hugo Boss, telefon bimbit Nokia dan kamera Olympus.

    Kedudukan finalis lain adalah Aril di tempat kedua, Akim menduduki tempat ketiga, ditempat keempat pula Yazid, diikuti Isma di tempat kelima.

      Current date/time is Tue 18 Dec 2018, 3:23 am