.:Hafiz-FC:.

Selamat Datang ke Information site of HafizFC

Information Site of HafizFC

Salam.. hye guysz... Don't forget to give all your support to Hafiz.. request 'Masih Jelas' and vote that song to be Top3 in all charts.. Very Happy

    Jelajah ERA Kasi Pecah Shah Alam!

    Share
    avatar
    myrapeace89
    Admin
    Admin

    Posts : 65
    Join date : 17/05/2009
    Age : 29
    Location : Kuala Lumpur

    Jelajah ERA Kasi Pecah Shah Alam!

    Post by myrapeace89 on Tue 26 May 2009, 6:27 pm

    *credit to Murai.com*

    Teks oleh Razif Rosdi

    Kasi pecah! Itulah kata-kata pengkritik Akademi Fantasia 7 (AF), Edrie Hashim yang semakin popular. Kata-kata itu memang sesuai untuk menggambarkan suasana konsert jelajah stsen radio No 1 Malaysia, ERA yang kini mula mengembara ke 11 lokasi di seluruh Malaysia.

    Sabtu, lalu konsert Konsert Jelajah 11 Era Bersama Perodua memang telah berjaya 'kasi pecah' pentas di Shah Alam, Selangor. Apa tidaknya, buat pertama kalinya, juara AF7, Hafiz bersama Yazid dan Isma telah turun padang menghiburkan peminat yang banyak menyokong mereka selama ini.



    Bukan itu saja, pengunjung pada malam itu turut menyaksikan persembahan eksklusif Dato' Siti Nurhaliza yang bakal berehat seketika bagi menyiapkan dirinya untuk konsertnya di Istana Budaya tidak lama lagi.

    Selain itu, 2 juara AF, Stacy dan Mila juga sama-sama turun padang dengan persembahan yang memukau. Stacy yang dikenali dengan persembahan bertenaga telah menyanyikan lagu popularnya Gagap dan Pakai Buang serta lagu asal dari Kris Dayanti, Hati Ini Telah Dilukai.

    Mila pula menampilkan kelainan dengan membuat persembahan live bersama bandnya sendiri menerusi lagu Aku Lebih Tahu dan Matahariku dari Agnes Monica.

    Pembukaan konsert pada malam itu telah dimulakan dengan Isma, Yazid dan Hafiz dengan mendendangkan single terbaru yang dinyanyikan pada konsert akhir yang lepas. Isma mendendangkan Bisikan... Godaan dan Yazid (Ya Pa Pa). Ketika Hafiz mendendangkan lagu Masih Jelas, peminatnya turut sama menyanyi walaupun masih baru dimainkan di ERA.


    Sementara itu, aktres dari Indonesia yang sedang menuntut di sini iaitu Acha Septriasa tampil anggun dengan mendendangkan lagu popularnya seperti Berdua Lebih Baik dan Sampai Menutup Mata.

    Penonton pada malam itu turut digegarkan dengan band popular tanah air iaitu SixthSense dan BunkFace. Paling istimewa, penonton turut dihiburkan dengan persembahan daripada penyampai ERA menerusi lagu Satu Era (saduran Umbrella). Sebelum itu, Dina yang turut membawa penari sendiri menggamatkan keadaan dengan 2 lagu popularnya.

    Nantikan cerita dan video di sebalik tabir Jelajah 11 ERA di bulatan Bazarena Shah Alam secara eksklusif hanya di murai.com.my tidak lama lagi.


    Lokasi Jelajah 11 Era seterusnya:


    Sabtu (30 Mei 2009)- Majlis Daerah Pekan di Pekan, Pahang
    Sabtu (13 Jun 2009)- Taiping, Perak
    Sabtu (27 Jun 2009)- Johor Bahru
    Sabtu (4 Julai 2009)- Sungai Petani, Kedah
    Sabtu (11 Julai 2009)- Kuala Terengganu, Terengganu
    Sabtu (18 Julai 2009)- Teluk Intan, Perak
    Sabtu (25 Julai 2009)- Pulau Pinang
    Sabtu (8 Ogos 2009)- Melaka
    Sabtu (15 Ogos 2009)- Lembah Klang
    avatar
    angahoni
    moderator
    moderator

    Posts : 111
    Join date : 18/05/2009
    Age : 52
    Location : Selangor & Perak

    Re: Jelajah ERA Kasi Pecah Shah Alam!

    Post by angahoni on Tue 26 May 2009, 8:28 pm

    salam.....
    thanks myra..
    sharing the information...
    'KASI PECAH', 'KASI GEMPAK' & 'KASI GEGAR'....

    18 Julai 2009 - di Teluk Intan..kalo apiz ada angah nak kasi tau orang kg.... kasi penuh itu padang...wakakakka...angah pon nak balik kg...nak bawak anak2 sedara....hehehehe...

    wallawey...

      Current date/time is Tue 18 Dec 2018, 3:05 am