.:Hafiz-FC:.

Selamat Datang ke Information site of HafizFC

Information Site of HafizFC

Salam.. hye guysz... Don't forget to give all your support to Hafiz.. request 'Masih Jelas' and vote that song to be Top3 in all charts.. Very Happy

    Tidak mahu sia siakan peminat - Berita Harian

    Share
    avatar
    angahoni
    moderator
    moderator

    Posts : 111
    Join date : 18/05/2009
    Age : 52
    Location : Selangor & Perak

    Tidak mahu sia siakan peminat - Berita Harian

    Post by angahoni on Wed 27 May 2009, 8:09 am

    credit to: Abdul Rahman Adam
    bhnews@bharian.com.my

    HAFIZ sempat bersalaman dengan peminat sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, baru-baru ini.

    Juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz mahu baiki vokal dan persembahan

    SESUATU yang pasti, kehidupan jejaka berwajah comel Mohd Hafiz Mohd Suip, 19, tidak lagi seperti dulu sejak memegang gelaran juara Akademi Fantasia musim ketujuh. Bukanlah sesuatu yang asing kerana seperti juara sebelumnya, jadual menjadi semakin ketat dan padat.

    Itulah antara perubahan ketara dalam hidupnya sebaik saja melangkah keluar daripada akademi sehingga peluang dua hari untuk ‘balik kampung’ agar dapat meluangkan masa bersama ibu bapa tercinta dan keluarga akhirnya dipenuhi dengan sesi bertemu peminat dan rakaman untuk Astro.

    Barangkali, itu adalah antara realiti yang terpaksa dilalui anak Bumi Kenyalang ini kerana siapalah dia jika tidak peminat yang memberi sokongan dan menjulang dirinya sehingga dinobatkan sebagai juara dan Astro pula yang menyediakan platform bagi bakat baru sepertinya.

    Bergelar anak Bumi Kenyalang pertama menjadi juara AF, sekali gus merampas kembali takhta juara AF yang sebelum ini dikuasai dua pelajar wanita berturut-turut, Mila (2007) dan Stacy (2008), Hafiz bagaimanapun akur mengenai perubahan mendadak kehidupannya kini.

    "Kalau sebelum ini, saya bebas menjalani kehidupan harian, kini saya perlu mengikut jadual yang ditetapkan seperti mengadakan persembahan sesi bertemu peminat menjalani penggambaran dan banyak lagi.


    HAFIZ terpaksa dikawal ketat oleh anggota Rela kerana diserbu peminat.


    "Saya akui ini adalah harga yang saya perlu bayar apabila memilih kerjaya sebagai penyanyi. Menunjukkan bakat yang ada, menghiburkan orang. Insya-Allah saya akan terus memperbaiki dan mengasah bakat yang saya ada," katanya pada sidang media sebelum sesi bertemu peminat di Kompleks Pelancongan, di Kuching, malam kelmarin.

    Hafiz turut berjanji untuk terus meningkatkan kerjaya seninya dan bertahan selama mungkin dalam industri ini bagi membuktikan bahawa undian peminat kepadanya tidak sia-sia.

    "Banyak pengalaman baru yang saya peroleh ketika menyertai AF7. Daripada kosong dan tidak tahu apa-apa, kini saya mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi. Saya amat terhutang budi kepada semua tenaga pengajar AF7," katanya.

    Kini selain sibuk memenuhi undangan nyanyian, Hafiz turut sibuk menjalani penggambaran sebagai hos rancangan Menuju Puncak untuk lapan episod yang ditayangkan pada setiap malam Jumaat.

    Hafiz yang lebih meminati genre muzik bercorak pop soul dan balada, mengimpikan untuk bekerjasama dengan komposer seperti Ajai, Audi Mok dan Aidit Alfian kerana menganggap lagu ciptaan komposer itu sesuai dengan jiwa dan suaranya.

    Sambil tersenyum, Hafiz menyatakan yang beliau akan mengekalkan imej rambut kerinting kerana ia adalah rambut cari makan. Pada masa sama dia berjanji untuk terus belajar memantapkan vokal dan persembahan pada masa akan datang. Hafiz yang lebih meminati genre muzik bercorak pop soul dan balada, mengimpikan untuk bekerjasama dengan komposer seperti Ajai, Audi Mok dan Aidit Alfian kerana menganggap lagu ciptaan komposer itu sesuai dengan jiwa dan suaranya.

    Sambil tersenyum, Hafiz menyatakan yang beliau akan mengekalkan imej rambut kerinting kerana ia adalah rambut cari makan. Pada masa sama dia berjanji untuk terus belajar memantapkan vokal dan persembahan pada masa akan datang.

    Hafiz memeluk ibu tersayang selepas meraih juara AF7


    Mengenai pemergian rakan seperjuangannya Aril dan Akim di Indonesia untuk menjalani penggambaran, Hafiz berkata dia tidak terkilan kerana tidak terpilih menyertai mereka.

    “Saya percaya Astro Entertainment Sdn Bhd mempunyai perancangan untuk setiap finalis AF7 dan setiap orang ada rezeki masing-masing,” katanya.


    LULI95
    newbies
    newbies

    Posts : 18
    Join date : 23/05/2009

    Re: Tidak mahu sia siakan peminat - Berita Harian

    Post by LULI95 on Wed 27 May 2009, 12:39 pm

    SYABAS HAFIZ - NICE INTERVIEW SO ALL HAFIZ FANS ALL OVER MALAYSIA LET REQUEST MASIH JELAS AT ALL RADIO STATION , TO MAKE SURE HE WILL SURVIVE IN THIS INDUSTRY HAFIZ NEED OUR SUPPORT

    PLEASE PLEASE REQUEST HIS SONG AT ERA AND ALSO C 30 , HOT FM

    SEKARANG DAH JARANG DENGAR MASIH JELAS KAT RADIO

    TRUE FANS FROM KUL

    hun3ychu88y
    Jr.Member
    Jr.Member

    Posts : 22
    Join date : 27/05/2009
    Age : 29
    Location : Selangor,Malaysia

    Re: Tidak mahu sia siakan peminat - Berita Harian

    Post by hun3ychu88y on Wed 27 May 2009, 5:33 pm

    thanks angah for the info...mcm kenal je angah nie...hehehheheee... Very Happy
    avatar
    angahoni
    moderator
    moderator

    Posts : 111
    Join date : 18/05/2009
    Age : 52
    Location : Selangor & Perak

    Re: Tidak mahu sia siakan peminat - Berita Harian

    Post by angahoni on Wed 27 May 2009, 7:50 pm

    salam...

    hye hun3y.... kenai angah??
    sapa ekkkk...kuang kuang kuang....

    wallawey

    avatar
    zackmohtar
    newbies
    newbies

    Posts : 4
    Join date : 28/05/2009
    Age : 35
    Location : Sibu, Sarawak

    Re: Tidak mahu sia siakan peminat - Berita Harian

    Post by zackmohtar on Thu 28 May 2009, 11:32 pm

    hafiz best.

    hun3ychu88y
    Jr.Member
    Jr.Member

    Posts : 22
    Join date : 27/05/2009
    Age : 29
    Location : Selangor,Malaysia

    Re: Tidak mahu sia siakan peminat - Berita Harian

    Post by hun3ychu88y on Fri 29 May 2009, 9:30 pm

    hafiz the superboy.....hehehheee Smile

    hun3ychu88y
    Jr.Member
    Jr.Member

    Posts : 22
    Join date : 27/05/2009
    Age : 29
    Location : Selangor,Malaysia

    Re: Tidak mahu sia siakan peminat - Berita Harian

    Post by hun3ychu88y on Fri 29 May 2009, 9:32 pm

    angah,nnt ada ms kita jumpa2,k..mkn2,borak2..hehhehehehee... Very Happy I love you Smile ~hafiz the superboy~
    avatar
    angahoni
    moderator
    moderator

    Posts : 111
    Join date : 18/05/2009
    Age : 52
    Location : Selangor & Perak

    Re: Tidak mahu sia siakan peminat - Berita Harian

    Post by angahoni on Sun 31 May 2009, 3:12 pm

    salam...

    hye hye hey..hun3ychu88y

    no hal..jika ada kelapangangan insya'Allah...

    kita jejumpas, berboraks...dan paling penting...makan..hehehehe

    wallawey


    Sponsored content

    Re: Tidak mahu sia siakan peminat - Berita Harian

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Tue 23 Oct 2018, 3:19 am