.:Hafiz-FC:.

Selamat Datang ke Information site of HafizFC

Information Site of HafizFC

Salam.. hye guysz... Don't forget to give all your support to Hafiz.. request 'Masih Jelas' and vote that song to be Top3 in all charts.. Very Happy

    Ada yang cakap saya 'plastik' dalam program Menuju Puncak

    Share
    avatar
    angahoni
    moderator
    moderator

    Posts : 111
    Join date : 18/05/2009
    Age : 52
    Location : Selangor & Perak

    Ada yang cakap saya 'plastik' dalam program Menuju Puncak

    Post by angahoni on Wed 15 Jul 2009, 1:26 pm

    credit to: Mstar online


    Hafiz ketika di majlis pelancaran albumnya. - foto THE STAR oleh ABDUL RAHMAN SENIN


    AKHIRNYA cita-cita Hafiz untuk mempunyai album sendiri termakbul jua selepas lebih dua bulan menjuarai Akademi Fantasia (AF) 7.

    Album 'Masih Jelas' yang memuatkan lima buah lagu nyanyian Hafiz itu turut menyelitkan empat buah lagu bekas finalis AF7 yang lain.

    Album terbitan Astro Entertainment Sdn. Bhd. dan Warner Music ini akan menemui peminat di pasaran mulai semalam, 14 Julai dengan harga RM21.

    Lagu-lagu itu adalah 'Masih Jelas', 'Noktah Cinta', 'Watak', 'Ku Akui', 'Awan Nano', 'Toksid' (Aril), 'Bengang' (Akim), 'Ya Papa' (Yazid) dan 'Bisikan...Godaan' (Isma).

    Biarpun terpaksa berkongsi album, Hafiz tetap berpuas hati dengan album yang menampilkan komposer seperti Aidit Alfian, Ajai, M. Nasir, Aiman dan Tun Taja itu.

    "Saya rasa album ini sebagai satu penghargaan buat saya. Walaupun terpaksa berkongsi album dengan peserta lain, saya rasa ianya sesuatu yang meriah," kata Hafiz sewaktu pelancaran albumnya di ibu kota, semalam.

    Berkongsi pengalamannya menyiapkan album yang mengambil masa kira-kira lima minggu untuk rakaman semua lagunya, Hafiz berkata dia tidak merasakan kerja itu sebagai suatu yang memenatkan malah seronok pula.

    Jelas Hafiz, antara lima buah lagu itu, lagu 'Awan Nano' paling mencabar dirinya.

    "Alhamdulillah, saya cuma kena tegur dengan M.Nasir," ulasnya ringkas.

    Bercerita mengenai perkembangan dirinya, Hafiz akui banyak perubahan yang dialaminya sejak bergelar juara AF7.

    "Saya banyak berubah kerana dulu saya hanya belajar tetapi sekarang saya sudah bekerja. Memang itu impian saya kerana kerja ini banyak bantu.

    "Alhamdulillah, saya juga banyak mendapat tawaran 'show' di Sabah dan Sarawak.

    "Saya juga seronok menjalani pengambaran program 'Menuju Puncak'.

    "Jadi, disebabkan itu saya terpaksa menangguhkan pelajaran di Kolej PTPTL, Kuching selama setahun," jelasnya.

    Ditanya tentang komen yang diterima selepas kemunculan program yang menceritakan tentang aktiviti Hafiz selepas AF7, "Ada yang cakap saya 'plastik' dalam program 'Menuju Puncak'. Tapi saya masih dan selalu belajar dan bukan terus pandai.

    "Saya akui dulu saya agak pendiam tetapi sekarang alhamdulillah saya sudah tunjukkan saya mampu ramah dengan semua orang selepas 'Menuju Puncak'," katanya yang sedang dalam proses menubuhkan syarikat sendiri, Masih Jelas Sdn. Bhd.

    Menyentuh tentang hasratnya untuk membawa ibu dan bapanya ke tanah suci, Hafiz berkata dia hanya menunggu rezeki.

    "Saya belum dapat lagi hadiah dari Astro kerana mereka tengah uruskan. Kalau ada rezeki lebih, saya mahu bawa ibu dan ayah pergi buat haji dan umrah sekaligus," ujarnya yang turut menangguhkan percutiannya ke New York disebabkan virus H1N1.


      Current date/time is Thu 16 Aug 2018, 5:42 pm