.:Hafiz-FC:.

Selamat Datang ke Information site of HafizFC

Join the forum, it's quick and easy

.:Hafiz-FC:.

Selamat Datang ke Information site of HafizFC

.:Hafiz-FC:.

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Information Site of HafizFC

Salam.. hye guysz... Don't forget to give all your support to Hafiz.. request 'Masih Jelas' and vote that song to be Top3 in all charts.. Very Happy

    Hafiz, Akim, Aril, Black Mentor di Pelancaran Brands Generasi Hebat

    angahoni
    angahoni
    moderator
    moderator


    Posts : 111
    Join date : 18/05/2009
    Age : 58
    Location : Selangor & Perak

    Hafiz, Akim, Aril, Black Mentor di Pelancaran Brands Generasi Hebat Empty Hafiz, Akim, Aril, Black Mentor di Pelancaran Brands Generasi Hebat

    Post by angahoni Fri 06 Nov 2009, 11:35 am

    Credit to: budiey isma

    BRAND’S®️ memperkasa rakyat Malaysia ke arah keunggulan

    Hafiz, Akim, Aril, Black Mentor di Pelancaran Brands Generasi Hebat 40766812

    Seiring dengan arus globalisasi, persekitaran dunia kini menjadi lebih berdaya saing bukan sahaja di bidang perniagaan malah juga individu. Rakyat Malaysia yang mahu berjaya perlu kekal aktif dan kekal di hadapan berbanding yang lain di mana mereka perlu menajamkan kemahiran mereka untuk mencapainya.
    Berbekalkan pandangan ini, BRAND’S®️ kini memacu haluan berani dan baru dengan kempen pemasaran terbarunya yang menyokong sifat positif dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk cemerlang serta mencapai kehebatan peribadi dengan merebut segala peluang yang hadir dalam hidup ini.
    BRAND’S®️ sudah mengenal pasti lima sifat utama melalui kempen “Generasi Hebat” anjurannya, yang mengajak semua rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan umur untuk merealisasikan potensi mereka sendiri selain menumpukan kepada mencungkil keupayaan yang terpendam dalam diri mereka. Lima sifat utama ini – sifat Handal, Eksplorasi, Boleh, Aktif dan Tekun – melambangkan ramuan utama untuk kekal di hadapan dan memaksimumkan potensi seseorang itu tanpa mengira umur.

    “Generasi Hebat” yang dilancarkan pada hari ini dilambangkan oleh lima individu muda hebat yang dipilih khas untuk menerajui kempen ini – Hafiz yang penuh bertenaga, Choo Hou Ren yang mempunyai pelbagai bakat; Akim dan Aril dari rancangan bakat realiti popular AF7; dan pemenang Mentor Musim 3 yang menawan, Black.
    Kelima-lima personaliti ini merupakan contoh unggul bagi tenaga dan sifat positif “Generasi Hebat”, dan mereka membuat penampilan pertama di depan khalayak umum pada hari ini dengan sebuah lagu yang dicipta khas bertajuk “Juara”. Lagu yang dihasilkan oleh komposer terkenal, Audi Mok, dan Shazee Ishak ini menjadi tema utama kepada kempen ini di mana muziknya berperanan sebagai ciri utama untuk mendekati rakyat Malaysia.

    Hafiz, Akim, Aril, Black Mentor di Pelancaran Brands Generasi Hebat 40774311


    Lirik lagu ini yang memberi inspirasi positif dan tingkah laku cemerlang diadun bersama melodi lagu menarik dan bakal ditampilkan dalam video muzik yang akan mula ke udara pada bulan ini. Selain lagu, aksesori fesyen istimewa – Ikatan ‘Generasi Hebat’ – juga akan diperkenalkan sebagai penanda kebanggaan pergerakan ‘Generasi Hebat’.

    BRAND’S®️ berbangga kerana dapat membawakan inisiatif yang menyeru kepada perubahan sikap yang positif dan kami berharap bahawa ia akan berfungsi sebagai pendorong kepada pembangunan warga Malaysia yang kuat, menjadi kebanggaan dan perkasa yang dapat membawa negara ini setapak lebih hampir dalam perjalanannya untuk menjadi negara maju.
    Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn. Bhd., Encik Koh Joo Siang dalam ucapannya semasa pelancaran berkata, “Generasi Hebat menyeru semua rakyat Malaysia untuk memacu generasi mereka ke tahap yang lebih tinggi dengan memperkasa kehandalan, eksplorasi, sifat aktif dan ketekunan, yang didorong oleh sikap yakin boleh. Berbekalkan himpunan sifat positif ini, seseorang itu mampu merangkul dan mematahkan cabaran harian dengan mudah yang hadir untuk menghalang laluan seseorang itu dalam merebut peluang dan kekal di hadapan pada setiap masa.
    “Ada banyak sifat yang tergolong bagi mencapai keunggulan tetapi yang lima ini adalah ciri-ciri yang paling sesuai yang menyebabkan ia dipilih bagi kempen terbaru kami yang bertema ini. Ia mengenai meningkatkan diri anda dan negara dengan berusaha untuk maju serta memanfaatkan dengan cara terbaik apa yang ditawarkan oleh kehidupan,” tambah beliau.
    Pengenalan kempen terbaru BRAND’S®️ ini bakal menggabungkan hampir semua media bagi mendekati pengguna untuk membawakan kepada mereka semangat “Generasi Hebat”, termasuk peraduan yang menawarkan kepada pemenang percutian bersama bintang - Hafiz, Choo Hou Ren, Aril dan/ atau Akim. Hubungi 1-800-6226 atau layari www.generasihebat.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang peraduan ini.
    Apakah H.E.B.A.T.?

    Handal
    Saya mestilah handal berfikir.
    Saya tak bergantung pada nasib.
    Semua persoalan ada penyelesaiannya.
    Eksplorasi
    Pembaharuan bermula dengan eksplorasi.
    Minda saya sentiasa terbuka untuk cepat memahami.
    Boleh
    Kami bekerja keras.
    Semangat kami tinggi.
    Kami yakin boleh merealisasikan cita-cita.
    Aktif
    Saya sentiasa selangkah di hadapan.
    Saya aktif merebut peluang yang ada.
    Saya sentiasa bersedia.
    Tekun
    Tiada yang mustahil.
    Saya tak mudah putus asa.
    Saya tekun berusaha.

    [b]

      Current date/time is Fri 26 Apr 2024, 11:51 pm