credit to: Razif Rosdi (murai.com)
foto: Baung, Farid Nuzli & Ijan
KUALA LUMPUR, 20 MEI 2009: Gelaran juara sudah pun berada dalam rangkulannya. Dia sememangnya hebat, berbakat dan mempesonakan. Dalam usia yang masih muda, Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, diyakini mampu mencipta nama yang lebih gah dan menjadi artis Malaysia yang terbaik.
Tahniah daripada warga murai.com.my atas kejayaannya dan berusaha menempuh cabaran di dalam AF7.
Dalam pertemuan khas dengan Hafiz di pejabat murai.com.my kelmarin, anak muda berjiwa besar itu berkongsi pelbagai cerita menarik tentang dirinya.
"Hafiz sangat bersyukur dengan kejayaan ini dan sekali lagi Hafiz nak ucapkan terima kasih kepada semua orang yang sentiasa menyokong Hafiz selama ini termasuk di murai.com.my. Budi dan jasa semua penyokong Hafiz memang tidak terbalas.
"Terus terang, Hafiz masih rasa macam bermimpi kerana sejak dulu lagi Hafiz minat dengan AF. Pengalaman menyertai AF sangat bermakna dan Hafiz tak akan lupa sampai bila-bila. Walaupun Hafiz sangat gembira dan teruja pada masa yang sama Hafiz juga gementar untuk berdepan dengan dunia hiburan yang sebenar.
"Jadi Hafiz amat mengharapkan sokongan pihak Astro, media dan orang-orang di dalam industri ini untuk menyusun langkah. Hafiz masih muda dan apa yang ada dalam fikiran Hafiz adalah untuk terus belajar dan memberikan yang terbaik sepanjang masa," katanya bersungguh-sungguh.
Makin comel dan ranggi, Hafiz berkata banyak perkara yang dipelajari selama 3 bulan berada dalam akademi. Apa yang paling utama adalah dia semakin yakin berdikari.
"Ketika dalam AF7, Hafiz paling rapat dengan Cikgu Fatimah sebab dia ibarat ibu Hafiz dalam akademi. Hafiz sebenarnya rasa tidak selesa kerana sering diperhatikan menerusi kamera dan paling tertekan, mikrofon kami tidak boleh dimatikan walaupun sedang berada di tandas," katanya.
Bercakap mengenai imejnya, Hafiz berkata dia sukakan gaya rambut semi-afronya ketika ini.
"Rasanya biarlah Hafiz kekal dengan rambut sebegini sebab muka Hafiz bulat dan pipi Hafizi tembam. Lagipun ini rambut cari makan.. hehehehe...." katanya yang pandai berjenaka.
Sementara itu menafikan yang tujuan utama dia masuk ke AF adalah untuk mengejar glamour.
"Tujuan asal Hafiz masuk AF adalah untuk mencuba bakat seni yang ada pada Hafiz. Selepas berjaya diterima dalam uji bakat, Hafiz nak rasa pula bagaimana cabaran hidup dalam akademi. Sekarang selepas Hafiz berjaya, banyak lagi proses lain yang perlu Hafiz tempuhi sampaikan Hafiz tidak pernah terfikir tentang apa itu glamour pun.
"Hafiz tak pernah nak kejar glamour malah Hafiz risau kalau-kalau glamour itu boleh membuatkan seseorang artis lupa diri. Harap-harap semua itu tidak terjadi pada Hafiz dan rakan-rakan AF7 semua," ujarnya
Apa komen terhadap pelajar-pelajar dalam akademi?
"Semua Hafiz rapat, sebagai contoh, Sidi macam abang sulung kami. Aishah macam adik Hafiz kerana perangainya sama macam adik Hafiz sendiri. Qhaud pula abang yang paling alim dan Isma macam kakak sulung yang banyak membantu Hafiz," katanya.
Menjawab pula soalan nakal yang ditanya oleh ramai GengMurai iaitu apakah dia pernah bercinta dan sudah berpunya, Hafiz berkata:
"Girlfriend? Oooo.. dulu adalah cinta monyet masa Hafiz bersekolah. Sekarang Hafiz single ye," katanya yang suka melihat gadis yang periang dan manja.